fbpx

Pertimbang bina asrama sekiranya pindah murid SJKT – MIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vigneswaran ketika berucap pada majlis tersebut. Foto oleh Saddam Yusoff/KOSMO!

SHAH ALAM – Kerajaan diminta mempertimbangkan pembinaan asrama di beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi kemudahan pelajar kaum India.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, kaedah itu dilihat terbaik sekiranya ada murid terpaksa dipindahkan ke SKJT yang mempunyai murid yang ramai.

“Kebanyakan masyarakat India di luar bandar adalah dalam kalangan B40 dan pastinya mereka akan menghantar anak mereka di SJKT yang berdekatan dengan rumah mereka.

“Sekiranya SJKT yang anak mereka belajar itu jumlah muridnya tidak ramai dan diminta untuk berpindah ke sekolah lain, ibu bapa murid itu terpaksa mengeluarkan kos lebih untuk menghantar sekolah tersebut.

“Ini berikutan tidak banyak SJKT di negara ini dan jaraknya antara satu sama lain adalah agak jauh. Jadi, terdapat keperluan untuk membina asrama sekiranya murid ini perlu berpindah,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau berkata demikan bagi mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar murid yang belajar di SJKT yang kurang muridnya supaya berpindah di SJKT lain bagi memastikan peruntukkan lebih efisyen. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI