fbpx

PAU 2023: UMNO terbuka untuk menerima ahli digantung, dipecat – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada sidang akhbar di WTCKL hari ini

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan parti itu sentiasa terbuka menerima kembali ahlinya yang sebelum digantung atau dipecat.

Malah katanya, UMNO telah mengambil maklum semua saranan ahlinya untuk meneliti semua rayuan tersebut, namun perkara itu akan diputuskan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kelak.

“Lazimnya laporan dari Lembaga Disiplin untuk menyokong atau ditolak dibawa kepada jawatan pengurusan dan akan dibawa ke MKT.

“Hanya MKT yang boleh buat keputusan muktamad mengenai apa juga keputusan untuk tindakan disiplin sama ada diadakan dalam bentuk beri amaran, gantung, atau pecat,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Terdahulu, bekas ahli MKT, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah membuat rayuan sebanyak tiga kali supaya penggantungannya ditarik balik, sekali gus membenarkan beliau untuk membantu pada kempen pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

“Antara lain yang turut digantung juga adalah Shahril Sufian Hamdan, merupakan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO yang sebelum ini dilaporkan beliau tidak akan membuat rayuan berhubung penggantungannya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI