fbpx

Rider kerja 12 jam sehari, akhirnya merana slip disc

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan akhirnya terpaksa menanggung sakit akibat masalah tulang rawannya tergelincir (slip disc) gara-gara menunggang motosikal 12 jam sehari untuk meraih pendapatan lumayan.

Perkara itu dikongsikan isterinya sendiri di Twitter baru-baru ini.

Menurut wanita itu, suaminya sudah tiga tahun bekerja sebagai penghantar makanan dan gaji mingguannya boleh mencecah RM2,000.

Katanya, disebabkan kesungguhan suaminya bekerja tanpa rehat yang cukup untuk memastikan pulangan lumayan, kini lelaki itu sudah tiga bulan terlantar di rumah akibat masalah kesihatan yang dihadapi.

“Suami saya ‘rider’ dah nak masuk tiga tahun. Minggu-minggu tak mahu cuti sebab nak kekalkan pendapatan yang tinggi. Sekarang tiga bulan dan terlantar di rumah sebab slip dics, ekonomi keluarga jangan cakaplah, memang ‘drop’ (jatuh) habis.

“Teruk jadi ‘rider’. Pejuang ‘batch 1’ 11 hingga 12 jam hari-hari atas motor, hujan panas tak pernah rehat.

“Tengok gaji minggu memang tak dinafikan memang sedap (banyak),” kongsinya.

Dalam pada itu, perkongsian wanita tersebut turut mendapat perhatian ramai dan ada yang berkongsi nasib sama apabila terlalu ‘seronok’ mengejar gaji tinggi sebagai penghantar makanan.

“Saya pun macam suami akak ini, bila sekali pegang duit banyak sebulan sampai RM5,000 hingga RM6,000 memang fokus habis buat kerja sebagai ‘rider’, sampai abai waktu makan, rehat. Isteri ada tegur, sebab saya ini bukanlah muda lagi, dan 40-an, tapi seronok bila boleh dapat duit banyak, saya kerja pejabat bulan-bulan pun tak sampai RM5,000.

“Enam bulan pertama tak rasa lagi, masuk bulan ketujuh kelapan nak bangun dari katil pun berbisa sangat, nak solat jadi kejang satu badan, akhirnya terlantar dua bulan. Sekarang saya masih buat kerja rider, tapi saya hadkan lapan jam sehari sahaja,” kongsi Kamaruzzaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI