fbpx

Remaja 13 tahun anggota geng curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK menunjukkan salah sebuah motosikal yang dicuri mereka di sekitar negeri Melaka.

MELAKA – Geng Faiz Tanah Merah yang aktif melakukan jenayah curi motosikal sekitar daerah Melaka Tengah, tumpas selepas polis berjaya menahan seramai lima lelaki dan seorang perempuan dipercayai anggota kumpulan berkenaan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan yang dibuat ke atas kesemua suspek berusia di antara 13 hingga 40 tahun itu berjaya menyelesaikan sebanyak lapan kes curi motosikal dan samun di sekitar negeri ini.

Beliau berkata, selain mencuri motosikal, modus operandi geng itu adalah menyamun serta melarikan motosikal dan setiap motosikal diperoleh akan diubah suai atau dilerai untuk dijual mahu pun kegunaan sendiri.

“Daripada enam suspek yang diberkas, seorang merupakan remaja bawah umur yang baru berusia 13 tahun, suspek ini tidak lagi bersekolah manakala suspek perempuan merupakan teman wanita kepada salah seorang suspek.

“Semua suspek lelaki akan dituduh di mahkamah, hari ini dengan pelbagai kesalahan di mana enam kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan dua lagi di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI