fbpx

Liga Super: Selangor masih perlu kerja kuat – Cheng Hoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR berjaya mencatat kemenangan besar selepas membelasah Kelantan United 7-1 di Kota Bharu kelmarin.

Oleh MUSTAQIM MOHAMED

PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe tidak mahu pemain-pemainnya terus terbuai dengan kemenangan besar 7-1 ke atas Kelantan United FC (Kelantan United) kerana mereka masih perlu bekerja keras untuk mencapai matlamat pasukan.

Menurutnya, kemenangan semalam merupakan kebang­kitan positif selepas kekalahan di tangan PDRM FC, selain barisan pemain Selangor menunjukkan sikap dan fokus yang baik.

“Paling penting setiap peluang yang kita cipta diterjemahkan ke dalam bentuk gol dan dari situ kita nampak pasukan bermain dengan penuh keyakinan bermula daripada gol pertama sehingga terakhir. Mereka memang dahagakan kemenangan pada malam ini.

“Fokus kita sekarang ini adalah cuba bersaing untuk mendapat kedudukan terbaik dalam Liga Super. Kita belum mencapai matlamat sebenar dan perlu terus kerja keras serta berusaha bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin.

Jurulatih kelahiran Kedah itu memaklumkan, pemain-pemain akan melalui tempoh rehat panjang sehingga tiga minggu selepas ini dan sebahagiannya mempu­nyai komitmen dengan pasukan kebangsaan.

Mengakui ia sedikit menjejaskan persiapan pasukan, Cheng Hoe tetap yakin penglibatan pemainnya bersama Harimau Malaya akan memberikan mereka pendedahan yang dapat digunakan untuk membantu Selangor lebih bersedia pada perlawanan akan datang.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI