fbpx

Hotel terdalam di dunia bawah lombong terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilik Grotto disewakan pada harga £550 (RM3,157). - Go Below

LONDON – Sebuah penginapan bawah tanah yang dibina pada kedalaman 419 meter diiktiraf secara rasmi sebagai hotel terdalam di dunia, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Hotel Deep Sleep terletak di bawah pergunungan Snowdonia di Wales, Britain.

Syarikat Go Below membuka tempahan bilik pada April lalu di mana tetamu perlu menuruni sebuah lombong batu yang terbiar untuk sampai ke tempat penginapan mereka.

Pintu masuk tapak perlombongan dari kawasan pergunungan. – Go Below

Hotel tersebut mempunyai empat kabin dengan setiap satunya dilengkapi dua katil dan sebuah bilik berstruktur gua atau grotto dengan katil ‘double’.

Caj untuk penginapan dua orang di bilik kabin berharga £350 (RM2,009) manakala harga untuk dua orang di bilik grotto pula £550 (RM3,157).

Tetamu yang tiba di Pangkalan Tanygrisiau berhampiran Blaenau Ffestiniog akan bertemu dengan ketua perjalanan mereka pada pukul 5 petang (waktu tempatan).

Dari lokasi tersebut, tetamu perlu menempuh perjalanan selama 45 minit ke pergunungan Snowdonia sebelum diberi topi keledar, lampu, tali pinggang dan but untuk menerokai lombong terbiar itu untuk tiba di lokasi penginapan. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN