fbpx

Anwar hadiri PAU selepas 25 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika tiba di Dewan Merdeka WTC bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2023.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini selepas 25 tahun.

Beliau tiba di Dewan Merdeka WTC kira-kira pukul 9 pagi tadi diiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kali terakhir Anwar berucap pada PAU adalah pada 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO sebelum dipecat daripada parti itu pada 3 September 1998.

Selain Anwar, turut hadir adalah pemimpin kanan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu dan timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Hadir sama, Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal serta beberapa pimpinan parti komponen Barisan Nasional, termasuklah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran.

Kehadiran pemimpin Kerajaan Perpaduan itu adalah bagi memenuhi jemputan UMNO buat kali pertama ke Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang berlangsung selama empat hari bermula Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI