fbpx

Amaran ribut petir di sembilan negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak sembilan buah negeri dikenakan amaran ribut petir malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran tersebut dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang diramalkan berlaku hingga 9 malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di berlaku di negeri Perak di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Keadaan sama juga dijangka berlaku di Dungun dan Kemaman, Terengganu manakala di Pahang pula melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, amaran itu juga dikeluarkan bagi negeri Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Hujan lebat turut melanda seluruh Kuala Lumpur sementara di Negeri Sembilan keadaan sama juga dijangka berlaku di Jelebu dan Jempol.

“Amaran ribut petir juga dijangka berlaku di Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” ujarnya.

Sementara itu, di Sarawak pula amaran ribut petir dikeluarkan di Miri (Marudi) dan Limbang manakala Sabah, daerah terlibat ialah di Sandakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI