fbpx

Pasar Chow Kit sesak penangan lawatan santai Anwar, Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim dan Jokowi dikerumuni orang ramai ketika mengadakan lawatan di Pasar Jalan Raja Alang, Chow Kit di sini, hari ini. -Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Lebih 2,000 pengunjung serta peniaga teruja dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) ketika sesi lawatan santai di Pasar Jalan Raja Alang, Chow Kit, di sini hari ini.

Anwar yang tiba bersama Jokowi kira-kira pukul 12.30 tengah hari di premis berkenaan, mendapat sambutan luar biasa oleh orang ramai dengan diiringi sorakan.

Ketika sesi lawatan santai itu, dianggarkan lebih 2,000 orang ramai termasuk peniaga dan pekerja yang berasal dari Indonesia berada di lokasi untuk bertemu dengan Jokowi.

Jokowi yang diiringi Anwar juga dilihat tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan para peniaga di premis tersebut.

Seterusnya, Jokowi dan Anwar dijangka menikmati hidangan cendol durian di Kafe Masa, Jalan Raja Laut sebelum berangkat ke Restoran Samudera Kampung Baru untuk makan tengah hari.

Terdahulu Presiden Indonesia berkenaan memaklumkan akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia mulai Rabu, bagi mengukuhkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

Ketika lawatan itu, Jokowi dijadual mengadakan pertemuan dengan Anwar bagi menilai kemajuan bidang kerjasama dan membincangkan isu-isu dua hala yang tertunggak. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI