fbpx

Malaysia-Indonesia tandatangani empat instrumen kerjasama dua hala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution bersama Muhammad Tito ketika menandatangani MoU antara kedua-dua negara di Kompleks Seri Perdana hari ini.

PUTRAJAYA – Perjanjian Rentas Sempadan antara Indonesia dan Malaysia antara empat instrumen dua hala yang dimeterai pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara di Kompleks Seri Perdana, di sini hari ini.

Majlis berkenaan diadakan bersempena lawatan kerja dua hari Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia.

Pada perjanjian instrumen pertama itu, MoU berkenaan ditandatangani Menteri Dalam Negeri Indonesia, Muhammad Tito Karnavian dan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bagi Instrumen kedua ialah mengenai perjanjian Perdagangan Sempadan antara Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul turut menandatangani MoU dengan Menteri Pelaburan Indonesia, Bahlil Lahadalia mengenai Kerjasama Promosi Pelaburan.

Pada masa sama, Pengerusi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal bagi Indonesia, Muhammad Aqil Irham menandatangani MoU bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff bagi pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal bagi Produk Domestik.

Terdahulu, Joko Widodo tiba di Kompleks Seri Perdana disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengadakan perbincangan empat mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI