fbpx

Mahkamah: Keputusan injunksi inter-parte Syamsul – Puteri Sarah 14 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah dan Syamsul

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 14 Ogos ini bagi keputusan inter-parte (kedua-dua belah pihak) injunksi yang difailkan pengarah filem, Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Injunksi itu adalah Puteri Sarah dihalang, dilarang dan ditegah sama sekali untuk memuat naik, mengeluarkan, menulis, menerbit, menyebarkan berhubung kes cerai dan nusyuz dalam apa jua bentuk dan medium.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu pada sebutan semula kes hari ini.

Bagaimanapun dalam prosiding hari ini Syamsul dan Puteri Sarah tidak hadir ke mahkamah dan hanya mewakilkan peguam syarie masing-masing.

Sementara itu peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul ketika ditemui selepas prosiding berkata mahkamah telah memerintahkan kedua-dua pihak memasukkan hujahan sebelum 14 Ogos ini.

“Pada masa sama, mahkamah turut membenarkan injunksi dilanjutkan sehingga 14 ogos ini,” kata Azmi.

Dalam pada itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah turut mengesahkan perkara sama selain memaklumkan anak guamnya ada memfailkan bantahan terhadap injunksi tersebut.

Ketika ditanya antara sebab anak guamnya membantah injunksi yang dikemukakan suaminya antaranya membabitkan kebebasan bersuara.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.

Pada 18 April lalu, saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian di antara Puteri Sarah dan suaminya pengarah, Syamsul Yusof.

Pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.

Puteri Sarah memfailkan cerai terhadap Syamsul mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI