fbpx

333 calon Terengganu catat semua A dalam SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Muie (hadapan, empat dari kiri) bersama pelajar cemerlang sewaktu mengumumkan keputusan SPM di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 333 orang atau 2.07 peratus calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Terengganu memperoleh keputusan cemerlang dengan kombinasi gred A+, A dan A-a dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Abdul Muie Ngah berkata, enam calon memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran diambil.

Beliau berkata, Gred Purata Negeri (GPN) Terengganu juga meningkat kepada 4.59 berbanding 4.72 pada tahun lalu sekali gus mengatasi Gred Purata Kebangsaan (GPK) pada tahun ini iaitu 4.74.

“Seramai 18,747 calon mengambil peperiksaan SPM 2022 di 176 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu.

“Lima sekolah merekodkan kecemerlangan apabila semua calonnya lulus semua mata pelajaran,” katanya sewaktu mengumumkan keputusan SPM 2022 di sini hari ini.

Abdul Muie berkata, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kuala Terengganu muncul sekolah terbaik dengan GPS 1.31.

Tambah beliau, empat sekolah lain yang turut mencatatkan kelulusan 100 peratus ialah SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Setiu, SM Imtiaz Kemaman dan SM Imtiaz Dungun.

“SMK Chalok (Model Khas) di Setiu pula mencatatkan peningkatan GPS terbaik iaitu 5.48 berbanding 6.65 pada tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI