fbpx

Saiz Rumah Mesra Rakyat dikecilkan, kos bahan binaan naik mendadak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Husam (tengah) menyampaikan kunci kepada pembeli rumah Rumah Mesra Rakyat di Perlis, semalam.

SUNGAI PETANI – Keputusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengurangkan saiz Rumah Mesra Rakyat (RMR) daripada 92.9 meter persegi kepada 69.6 meter persegi adalah penyelesaian yang adil kepada pembeli dan kontraktor.

Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata, langkah yang dilaksanakan sejak 2021 itu adalah bagi membolehkan SPNB mengimbangi tugas dalam menyediakan skim rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan pada masa memastikan pihak kontraktor memperoleh margin keuntungan walaupun sedikit.

Kata beliau, keputusan tersebut dibuat susulan kenaikan mendadak bahan binaan seperti simen dan keluli sejak dua tahun lalu.

“Walaupun saiz rumah agak kecil tetapi ia masih selesa untuk ahli keluarga dalam jumlag kecil hingga sederhana dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur.

“Pada harga RM75,000, kontraktor dapat menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi skim RMR kerana mereka mendapat sedikit margin keuntungan berikutan pengurangan saiz rumah,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Perlis dan Kedah, di sini semalam.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada lawatannya ke semua cawangan SPNB di seluruh negara.

Dalam pada itu, Husam yang dilantik ke jawatan itu pada Mac lalu juga menyampaikan kunci kepada pembeli rumah RMR di Perlis, selain meninjau projek SPNB dan kawasan pertumbuhan ekonomi baharu di kedua-dua negeri.

SPNB menawarkan skim perumahan RMR untuk golongan berpendapatan rendah pada harga RM75,000 di Semenanjung bagi mereka yang memiliki tanah, manakala harga di Sabah dan Sarawak agak tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI