fbpx

Pencuri tular pecah cermin kereta dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi suspek tersebut.

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang sebelum ini tular mencuri selepas memecahkan cermin sebuah kereta, akhirnya berjaya dicekup hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, penangkapan suspek berusia 32 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang tadi sekitar daerah ini.

Katanya, siasatan mendapati suspek merupakan seorang penganggur.

“Semakan juga mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau dan satu rekod berkaitan dadah. Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Shah Alam,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, sekiranya disabitkan kesalahan.

Terdahulu tular aksi video seorang lelaki yang menunggang motosikal memecahkan cermin penumpang hadapan sebuah kereta jenis Proton Saga di tempat letak kereta di Jalan Lumut, Alam Budiman, Seksyen U10 di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang pada 31 Mei lalu menyebabkan kerugian termasuk beg mangsa, wang tunai RM50 dan beberapa dokumen penting. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI