fbpx

Pekerja kilang maut digilis kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan maut di Jambatan Sungai Limau, Kupang di Baling pada pagi tadi.

BALING – Seorang pekerja kilang maut selepas digilis sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti dalam kemalangan di Jambatan Sungai Limau, Kupang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Muhammad Fauzi Abdullah, 28, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada muka dan kepala.

Kemalangan dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Lalang, Siong di sini ke tempat kerjanya iaitu sebuah kilang di Kulim, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dikatakan melanggar bahagian belakang motosikal jenis Honda EX5 ditunggangi seorang lelaki berusia 62 tahun.

“Perlanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal Yamaha Y15ZR terjatuh di tengah jalan sebelum bahagian kepala mangsa digilis sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti berdasarkan kesan tayar pada topi keledar.

“Seorang lagi penunggang motosikal terjatuh di bahu jalan arah Baling dan mengalami luka pada lengan kanan dan tapak tangan sebelah kiri,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

“Kita sedang mengesan kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut serta saksi bebas di tempat kejadian dengan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI