fbpx
MAHALINI

Mahalini marah lagunya dikaitkan dengan agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYANYI lagu Sial, Mahalini meluahkan rasa kesal apabila lirik lagu popularnya, Ini Laguku disalah tafsir segelintir peminat.

Lagu tersebut didakwa mempunyai lirik yang menggambarkan tentang seseorang yang akan menukar agama demi cinta.

Mahalini yang beragama Hindu, manakala tunangnya, Rizky Febian beragama Islam menafikan spekulasi tersebut.

“Sejak bila lagu saya Ini Laguku tentang agama?” soalnya dalam Twitter.

Mahalini berkata, pendengar bebas memberi pandangan mereka terhadap lagu itu, namun yang jelas, lagu berkenaan tidak ada kaitan dengan kehidupan sebenarnya.

“Setuju sangat karya seni itu bebas interpretasi, tapi saya bantah jika ia digunakan untuk konten yang tidak benar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN