fbpx

Dewan Rakyat: Syarat MM2H diperketatkan, elak aktiviti pengintipan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Langkah memperketatkan syarat permohonan bagi program Malaysia My Second Home (MM2H) adalah bagi memastikan hanya peserta yang benar-benar berkualiti diterima sekali gus mengelakkan tiada aktiviti pengintipan seperti sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, pelaksanaan program MM2H adalah bagi menarik peserta dari luar negara untuk menghabiskan usia persaraan mereka di Malaysia.

“Yang dimaksudkan perubahan terkini ialah beberapa perubahan dari segi syarat dikenakan terhadap pemohon MM2H dan ia termasuk pendapatan dinaikkan, nilai aset cair dinaikkan dan mesti ada akaun simpanan tetap.

“Bila dah lulus, segera buka akaun di negara ini yang mana dinaikkan (simpanan) kepada RM1 juta selain lulus tapisan keselamatan. Sebelum ini, ada yang lulus untuk program ini, tetapi rupa-rupanya terlibat pengintipan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (Simpang Renggam-BN) yang meminta Saifuddin menyatakan rasional perubahan-perubahan terkini yang dilakukan terhadap program MM2H. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI