fbpx

[VIDEO] Bau wangi sebab bunga kembang malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Misteri bau bunga pada waktu malam akhirnya terjawab apabila seorang pengguna memuat naik penjelasan mengenai fenomena ini di TikTok.

Menurut perkongsian @kak_eda, bau bunga pada waktu malam tidak ada kaitan dengan makhluk halus. Malah, ia lebih berkait rapat dengan fenomena ‘full moon’ (bulan penuh) yang menyebabkan bunga mekar pada waktu malam.

“Sebab itulah, sesetengah bunga akan keluarkan aroma yang sangat kuat sehinggakan ada orang yang cakap, ada roh ikut kita balik rumah,” jelasnya.

Menurutnya lagi, bunga tersebut berada dalam kategori ‘lunar blooming’ dan ‘noctunal blooming’. Kelopaknya tertutup pada waktu siang dan terbuka pada waktu malam.

Tambahnya, kebanyakan bunga akan kembang untuk sebarkan debunga.

“Bunga-bunga ini juga akan keluarkan bau yang kuat untuk tarik perhatian kelawar dan serangga yang dapat membantu pendebungaan.

“Contoh paling mudah, sekarang ini, bunga durian sedang meriah. Bunga kemboja dekat tapak perkuburan juga sedang mekar.

“Sudah-sudahlah percaya dengan konspirasi tahyul. Cuba belajar lebih lanjut mengenai peralihan musim dan alam. Nanti, tidak adalah bila bau bunga sikit, tuduh langsuir datang rumah. Kesian hantu kena tuduh,” ujarnya lagi.

Kini, Video yang berdurasi 1 minit 35 saat itu mendapat lebih 14,800 tontonan dan 976 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@kak_eda Ada sesiapa bau bunga tak dalam 2 ke 3 hari ni pada sekitar jam 10-12 malam? #bauviral ♬ Seri Bunian – Shidee

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI