fbpx

Wanita maut kereta terbabit kemalangan dengan lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Saga dinaiki mangsa remuk selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di Jalan Stapang, Selangau-Sibu pagi tadi.

SELANGAU – Seorang wanita maut selepas kereta Proton Saga yang dinaikinya bersama-sama dua lagi wanita lain terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di Jalan Stapang, Selangau-Sibu pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 6.57 pagi itu, mangsa yang maklumatnya tidak dapat diperolehi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa tersepit di tempat duduk bahagian belakang kereta dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik dari Klinik Kesihatan Sekuau.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau yang dikerahkan ke lokasi kejadian bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pemandu kereta berusia 51 tahun dan seorang lagi penumpang yang maklumatnya tidak dapat diperolehi turut mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Katanya, kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Klinik Sekuau menggunakan ambulans manakala, pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan dan telah membuat laporan di Balai Polis Stapang.

Tambahnya, pasukan bomba kemudian membuat pembersihan sebelum bertolak balik ke balai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI