fbpx
Poster dimuat naik Public Health Malaysia berhubung span basuh pinggan.

Span basuh pinggan banyak bakteria, punca cirit-birit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penggunaan span yang tidak bersih boleh menjadi punca cirit-birit kepada pengguna kerana mengandungi bakteria tidak baik.

Menerusi laman Facebook, Public Health Malaysia berkata, terdapat pelbagai jenis kuman bakteria yang ada pada span di dapur.

“Pelbagai jenis kuman bakteria seperti Acinertobacter, Moraxella, Chryseobacterium dan kulat melekat di span dapur rumah anda.

“Lebih-lebih lagi span digunakan untuk membersihkan pinggan, mangkuk,cawan, botol susu bayi, periuk, sudu, garpu dan bermacam-macam lagi perkakas dapur,” katanya.

Tambahnya, orang ramai mungkin berpendapat sabun pinggan boleh membunuh kuman-kuman tersebut, namun menurut kajian pula sebaliknya.

“Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh membunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun span direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda.

“Jika tidak menjaga kebersihan span dengan baik, anda dan keluarga akan berisiko mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI