fbpx

Skuad B-17 negara tewas 2-3 kepada Uzbekistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad B-17 negara akan mengharungi satu lagi aksi persahabatan menentang Arab Saudi pada Jumaat ini. - Foto ihsan FAM

SHAH ALAM – Skuad bawah 17 (B-17) negara menerima pengajaran berguna selepas tewas 2-3 kepada Uzbekistan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium UiTM sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad remaja Harimau Malaya yang dikendalikan oleh Osmera Omaro terlebih dahulu ketinggalan hasil jaringan yang dilakukan oleh kapten pasukan pelawat, Mirzaev Lazizbek pada minit ke-12.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad negara kembali memperkemaskan rentak dan akhirnya Farish Danish Mohd Asrul menyamakan kedudukan berselang enam minit kemudian.

Bersambung pada separuh masa kedua, Uzbekistan meningkatkan momentum permainan dengan memberi tekanan demi tekanan ke kubu negara bagi memburu gol tambahan.

Penyerang Uzbekistan, Uktamov Ozodbek berjaya menjaringkan gol cantik dari luar kotak penalti untuk meletakkan pasukan pelawat didepan pada minit ke-66.

Skuad gergasi dari wilayah Asia Tengah itu terus melebarkan kelebihan dan kali ini giliran Karimov Ollabergan menanduk masuk gol menerusi gerakan set piece di minit 71.

Skuad negara enggan menyerah kalah dan berjaya merapatkan kedudukan hasil sentuhan Muhammad Ryan Fahreen di minit-79 tetapi keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Pasukan B-17 negara akan berdepan Arab Saudi pada aksi persahabatan kedua di venue yang sama pada Jumaat ini sebelum berlepas ke Bangkok, Thailand bagi mengharungi Piala Asia B-17 2023 yang bermula minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI