fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 5 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 1 tengah hari.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, kawasan yang terlibat di Kedah adalah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

“Kawasan di Perak yang diramal cuaca buruk adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Cuaca yang sama turut dijangka di Kelantan dengan melibatkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya, di sini, hari ini.

Tambahnya, beberapa kawasan di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat) dan Johor (Kota Tinggi) juga akan berdepan dengan ribut petir dan angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI