fbpx

Reman wanita curi rantai budak di Jom Heboh sambung dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang wanita yang tular memotong dan mencuri rantai leher kanak-kanak perempuan di tapak Karnival Jom Heboh di pekarangan Stadium Shah Alam.

SHAH ALAM – Reman seorang wanita yang tular memotong dan mencuri rantai leher kanak-kanak perempuan di tapak Karnival Jom Heboh di pekarangan Stadium Shah Alam di sini, Sabtu lalu disambung selama dua hari sehingga Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kebenaran lanjutan reman terhadap suspek berusia 35 tahun itu diperoleh pihaknya hari ini.

“Suspek sebelum ini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Tempoh reman ke atas wanita itu disambung dua hari lagi sehingga Khamis ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan penahanan suspek dilakukan hasil rakaman video pengunjung yang menyedari kejadian menimpa mangsa berusia empat tahun berkenaan, kira-kira pukul 5.40 petang.

Siasatan awal mendapati ketika kejadian karnival Jom Heboh itu dihadiri ramai orang dan rantai leher mangsa dipercayai dipotong dengan sesuatu objek sebelum ditarik serta dicuri. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI