fbpx

Pengurus kunci pintu pejabat elak pekerja keluar tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengawal keselamatan menggunakan mangga kunci untuk mengunci pintu keluar dari bangunan pejabat Coding Ninjas di Gurugram. – Twitter

NEW DELHI –  Sebuah syarikat teknologi di India mengundang kecaman  pengguna media sosial selepas  seorang pengurusnya mengarahkan pengawal keselamatan mengunci pintu bangunan pejabat bagi mengelakkan pekerja keluar  tanpa kebenaran.

Dalam satu video yang tular, seorang pengawal keselamatan menggunakan mangga kunci untuk mengunci pintu  bangunan pejabat Coding Ninjas di Gurugram, India.

Pengawal keselamatan itu berkata,  dia diarahkan oleh ‘tuan Anurag’ untuk bertindak demikian. Individu yang dinyatakan ialah  seorang pengurus  syarikat berkenaan. Dia mengarahkan berbuat demikian kerana  enggan membiarkan kakitangan keluar tanpa kebenarannya. 

Video tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai yang mengetengahkan isu seperti eksploitasi pekerja serta persekitaran tempat kerja yang negatif.

Menurut jurucakap Coding Ninjas, insiden itu telah diperbetulkan  selain pengurus berkenaan mengakui kesilapan  dan meminta maaf.

“Kami mahu menjelaskan bahawa insiden di salah sebuah pejabat kami itu disebabkan oleh tindakan seorang kakitangan dan amat dikesali.

“Ia bertentangan dengan nilai dan budaya Coding Ninjas sebagai sebuah organisasi,” ujarnya.

Sementara itu, orang ramai menyuarakan  kritikan mereka selepas menonton video tersebut.

“Bayangkan jika berlaku  kebakaran. Bagaimana sebuah organisasi beroperasi dengan tahap empati seperti itu,” kata seorang netizen.  – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI