fbpx

Malaysia, Guatemala perbaharui hasrat perkukuh hubungan dua hala – Wisma Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jacobo Cuyun ketika menandatangani buku lawatan di Wisma Putra hari ini.

PUTRAJAYA – Malaysia dan Republik Guatemala memperbaharui hasrat memperkukuhkan hubungan dua hala antara dua negara itu di masa akan datang.

Menerusi hantaran di laman Facebook Wisma Putra hari ini memaklumkan, hasrat berkenaan dizahirkan ketika kunjungan hormat yang dilakukan Duta Besar Republik Guatemala ke Malaysia, Jacobo Cuyun ke atas Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Datuk Norman Muhamad yang berlangsung di Wisma Putra hari ini.

“Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah memperbaharui hasrat untuk memperkukuhkan hubungan dia hala antara Malaysia dan Guatemala.

“Pertemuan itu juga bagi menerokai potensi kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan,” katanya di sini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI