fbpx

Mahu anak kekal pakai baju PJ, jimat bil elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN- MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

PETALING JAYA – Setelah hampir dua bulan murid-murid di seluruh negara dibenarkan memakai baju Pendidikan Jasmani (PJ) kerana cuaca panas yang melanda, para ibu mula selesa dengan perubahan tersebut.

Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, ramai para ibu bersetuju jika pemakaian baju PJ dilanjutkan kerana mendakwa norma baru ini memberi kesenangan kepada mereka kerana tidak perlu lagi menggosok pakaian seragam sekolah.

“Tak kalut nak gosok baju, kain apa semua. Pakai baju PJ senang. Lepastu tak hairan kotor atau apa,” kata Norizan Abdul Wahab.

“Betul tu, nak bersiap lebih cepat. Jimat tenaga nak kena gosok hari-hari kalau baju sepasang saja,” ujar Izzati.

Selain itu, ada yang mendakwa, pakaian baju PJ ini sangat memudahkan kerana mereka tidak lagi perlu menyental pakaian seragam putih anak-anak mereka.

“Anak saya punya baju sekolah saya sental guna tangan sejak 12 tahun lalu. Sekarang empat anak dah sekolah.

“Pagi petang saya sental guna sabun mandi buku nak bagi putih dia kekal cantik. Kiranya kalau pakai baju PJ kurang sikit penat saya,” kata Fara Juliana Jalil.

Ada juga yang berpendapat pemakaian baju PJ ini dapat menjimatkan kos membeli baju seragam anak-anak yang mahal terutamanya bagi yang memiliki jawatan di sekolah seperti pengawas.

“Jimat belanja untuk beli baju-baju sekolah,” kata Erma Diana.

Menjengah ke beberapa lagi komen yang ditinggalkan orang ramai, terdapat juga golongan bapa yang bersetuju pemakaian baju PJ diteruskan kerana bil elektrik dapat dijimatkan.

“Bapa-bapa pula cakap Alhamdulillah, jimat bil elektrik,” kata Muhd. Azul.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) telah memberikan kebenaran khas kepada guru dan murid-murid untuk memakai baju PJ ekoran cuaca panas yang melanda negara ketika ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI