fbpx

Lee Jun-hyuk tambah berat demi filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JUN-HYUK

MEMEGANG watak antagonis memerlukan banyak pengorbanan dan itu yang dilakukan pelakon Lee Jun-hyuk dalam filem terbaharu The Roundup: No Way Out.

Bagi menghidupkan peranan tersebut, dia sanggup menambah berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) demi menyempurnakan watak Joo Seong-cheo.

“Apabila melakonkan watak itu, saya ingin membawa sesuatu yang segar dan baharu kepada penonton.

“Kalau boleh mahu membuka mata ramai mengenai kemampuan saya walaupun mereka pernah menonton lakonan saya sebelum ini,” katanya semasa sesi ramah mesra bersama penonton selepas tayangan perdana filem tersebut baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI