fbpx

Dewan Rakyat: Dakwaan Sanusi berhubung Pulau Pinang milik Kedah disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi.

KUALA LUMPUR – Polis telah menyerahkan sebahagian laporan berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah kepada Peguam Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan terhadap kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu dilakukan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

“Saya telah mendapat dokumen termasuk laporan polis yang mengesahkan Menteri Besar Kedah secara tidak bertanggungjawab telah mengeluarkan kenyataan menuntut Perlembagaan Negara dipinda supaya mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah dan kedua, menyatakan ada asas yang kukuh mengikut undang-undang bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

“Sebagai seorang yang ada kedudukan, kenyataan ini adalah tidak bertanggungjawab dan pihak polis telah mulakan siasatan berdasarkan beberapa peruntukan sedia ada untuk mengambil tindakan yang sesuai menghindari daripada penerusan kenyataan-kenyataan yang melanggar prinsip Perlembagaan dan undang-undang ini.

“Sebahagian laporan telah dikemukakan kepada Peguam Negara, menunggu Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang bersesuaian,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH- Bagan) mengenai tindakan ke atas gesaan Menteri Besar Kedah bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memadamkan Pulau Pinang supaya boleh dikembalikan kepada Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI