fbpx

Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar 15 sentimeter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang tercucuk besi pada punggungnya di sebuah rumah di Taman Seri, Sungai Besar.

SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan azab selama 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sepanjang 15 sentimeter (sm) di sebuah rumah di Taman Seri, Sungai Besar di sini, petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, seramai 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.25 petang.

“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu masih berada di pagar besi rumah berkenaan.

“Punggung mangsa didapati turut tercucuk besi pagar itu sedalam kira-kira 15sm,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Md. Razali, anggota bomba segera bertindak mengangkat kanak-kanak berkenaan sebelum dibawa ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam bagi mendapatkan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI