fbpx

Kanak-kanak dua tahun tertelan cecair vape kini stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dilaporkan tertelan cecair vape di Bera, Pahang pada 30 Mei lalu kini dilaporkan stabil.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kanak-kanak itu kini sudah mampu bernafas tanpa bantuan alat pernafasan dan dipantau pihak hospital.

Menurutnya, siasatan mendapati, mangsa mungkin keracunan nikotin akut susulan penemuan peranti rokok elektronik (vape) pakai buang berdekatan mangsa ketika kejadian.

“Kanak-kanak itu tidak mempunyai sejarah penyakit kronik dan ketika ditemui, mangsa turut mengalami gejala batuk, muntah dan sesak nafas.

“Kanak-kanak ini dipercayai tersedut atau tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik jenis pakai buang.

“Kanak-kanak ini seterusnya dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, Pahang kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak,” katanya.

Katanya, mangsa juga dilaporkan mengalami sawan sebanyak dua kali ketika dalam rawatan.

KKM berkata, kejadian ini pada mulanya dilaporkan sebagai probable kes EVALI (Electronic Vape Associated Lung Injury) namun, hasil penemuan klinikal didapati tidak memenuhi kriteria EVALI.

Jelasnya lagi, keputusan ujian air kencing mangsa juga menunjukkan kehadiran nikotin pada paras yang tinggi. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI