fbpx

Jas Vision beri kesedaran kepentingan jaga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja, Syed Ahmad Aizuddin Tuan Nek menunjukkan sotong yang dijual pada harga murah di kedai Sauffian di Durian Burung, Kuala Terengganu semalam.

SUNGAI PETANI – Terpanggil untuk memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan mata, Jasniza Jamal, 40, membuat keputusan untuk membuka sebuah butik cermin mata dengan jenama Jas Vision Sdn. Bhd., 16 tahun lalu.

Bagi mencapai tujuan itu, Jasniza memilih daerah Baling untuk memulakan perniagaan tersebut dengan harapan ia dapat membantu penduduk luar bandar mendapat pengetahuan sebenar dalam penjagaan penglihatan.

“Saya mahu orang ramai terutama penduduk luar bandar celik tentang penjagaan mata dan Ahamdulillah, sebaik beroperasi, butik cermin mata saya mendapat sambutan ramai.

“Ramai penduduk yang bukan sahaja datang membuat cermin mata tetapi juga mendapatkan perkhidmatan memeriksa mata mereka berbanding sebelum ini tidak berpeluang berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, pihaknya menyediakan lima mesin terkini merangkumi mesin slit lamp untuk pemeriksaan selaput mata (katarak), mesin auto raction untuk dapatkan bacaan ‘power’ cermin mata.

Turut disediakan ialah mesin non contact tonometer yang khusus untuk dapatkan bacaan tekanan bola mata dan mesin fundus untuk mengesan penyakit mata akibat daripada
bawaan penyakit lain seperti diabetes dan darah tinggi.

Selepas 15 tahun memberi perkhidmatan penjagaan, pemeriksaan dan penyediaan cermin mata yang sesuai kepada pelanggan di Baling, Jasniza mengambil inisiatif mengembangkan perniagaannya dengan membuka premis kedua di Taman Batik, di sini akhir tahun lalu.

“Premis cawangan kedua saya di sini sama seperti di Baling dengan semua perkhidmatan membabitkan mata diadakan dan diselia oleh kakitangan terlatih termasuk
menggunakan peralatan dan mesin terkini.

“Semua perkhidmatan dan jualan cermin mata di sini sememangnya mampu milik untuk semua golongan pelanggan. Kita mengalu-alukan pelanggan hadir mendapatkan perkhidmatan mata di sini kerana panca indera penglihatan itu perlu dijaga sedari awal bagi mengelak alami komplikasi lebih teruk termasuk buta jika lewat merawatnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI