fbpx

Imej seksi, Amelia tak kisah dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMELIA enggan terlalu mengambil pusing dengan kecaman ramai mengenai penampilan seksi yang sering dipapar dalam media sosial. Foto oleh MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

KUALA LUMPUR – Selesa menjadi diri sendiri, pelakon dan pengacara jelita, Amelia Henderson terbuka menerima kritikan yang dilemparkan netizen terhadap imej seksinya.

Amelia atau nama lengkapnya Amelia Thripura Henderson berkata, perkara sedemikian sudah menjadi asam garam sebagai anak seni memandangkan dia juga seorang individu dikenali ramai.

“Saya terbuka dengan semua komen yang orang berikan pada saya.  Dalam masa sama, saya sangat jelas dengan diri saya dan hanya saya yang tahu siapa saya.

“Kadang-kadang terdapat kebenaran dalam komen netizen namun ada kalanya tidak betul. Pada akhirnya, mereka tiada pun dengan saya setiap hari dan tidak kenal siapa saya,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis penjenamaan semula Fam’Fries di sini, semalam.

Dalam pada itu, bintang filem Pulau itu perlu mempersiapkan diri dan mental dengan segala kecaman yang perlu dihadapinya.

Meskipun begitu, dia tidak pernah berasa rimas dan mengambil semua komen positif yang boleh membentuk dirinya menjadi individu lebih baik.

“Apabila bekerja sebagai seorang figura awam, memang akan ramai orang yang boleh bercakap pasal saya.

“Masuk sahaja ke bidang hiburan, saya perlu bersedia dengan semua kecaman dan kritikan sebegitu,” ujarnya.

Dia juga memberitahu sudah cukup bersyukur selagi keluarga dan insan tersayang sentiasa memberi sokongan terhadapnya.

“Selagi keluarga saya sayang dan sokong saya, saya bersyukur.

“Inilah diri saya, sekurang-kurangnya saya jujur dengan pendirian sendiri,” jelasnya.

Isu imej seksi bukan kali pertama terpalit terhadapnya, sebelum ini dia pernah dikecam kerana berpakaian mencolok mata ke beberapa acara fesyen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI