fbpx

‘Cleaner’ cabul, pegang kemaluan remaja lelaki dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing yang juga tukang cuci ditahan selepas mencabul seorang remaja lelaki di dalam sebuah tandas di pusat beli-belah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada remaja tempatan berusia 15 tahun berkenaan berhubung kejadian itu pada pukul 2 petang, semalam.

Menurutnya, ketika mangsa sedang mengikat tali kasut di tandas, tukang cuci tersebut memeluknya dari belakang selain memegang punggung dan mencium pipinya.

“Mangsa bertindak keluar dari tandas namun suspek terus mengikutinya dari arah belakang dan bertindak memegang kemaluan remaja tersebut.

“Selepas kejadian itu. mangsa berlari ke arah ibunya manakala suspek bertindak melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, bertindak atas maklumat, polis berjaya memberkas suspek yang merupakan tukang cuci di pusat beli-belah tersebut pada hari yang sama.

“Lelaki warga asing berusia 37 tahun ditahan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan. Kes disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta 792, Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

“Masyarakat dinasihatkan agar membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan terhadap pelaku dan hukuman setimpal mengikut peruntukan undang-undang dapat dikenakan kepada sesiapa yang terlibat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI