fbpx

Sungai Buloh dilanda banjir akibat hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan perumahan di Kubu Gajah yang banjir akibat hujan lebat pagi tadi.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Sungai Buloh, Selangor dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak pukul 4 pagi tadi.

Seorang pengguna TikTok, Muhammad Lukman menerusi ‘live’ di TikToknya menunjukkan keadaan kawasan perumahan di Kubu Gajah 19, Sungai Buloh yang ditenggelami banjir hari ini.

Kata Lukman, hujan lebat bermula pukul 4 pagi itu mengakibatkan air naik sehingga paras pinggang sekitar pukul 7 pagi dan setakat pukul 10 pagi ini, banjir masih belum surut sepenuhnya.

“Setakat pukul 10 pagi, air telah surut sedikit pada paras lutut, tetapi belum sepenuhnya. Akibat banjir pagi ini, semua barangan di dalam rumah tenggelam, tidak dapat diselamatkan.

“Biasa setahun sekali sahaja banjir di sini, namun tahun ini sahaja sudah tiga kali banjir melanda,” jelasnya.

Meninjau komen di ‘live’ sama, penonton juga berkongsi kawasan banjir iaitu Kubu Gajah 1, Sungai Buloh, Meru, Klang dan Seksyen 13, Shah Alam. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI