fbpx

Rumah tidak berpenghuni musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah musnah 80 peratus dalam kejadian di di Jalan Awan Gelugor, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Awan Gelugor, Taman Yarl, di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Menurut komander operasi, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Hasbullah Naimi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.59 pagi.

Katanya, seramai 22 kekuatan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil serta bantuan daripada BBP Seputeh dan BBP Sri Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran berlaku melibatkan sebuah rumah jenis lot banglo.  Hasil pemeriksaan mendapati rumah berkenaan adalah rumah kosong yang tidak berpenghuni” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.29 pagi dan kemusnahan kebakaran dianggarkan 80 peratus.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI