fbpx

PM rafak sembah ucapan tahniah Hari Keputeraan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan tahniah oleh Anwar dan Kerajaan Perpaduan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda, esok.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mewakili Kerajaan Perpaduan mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat diraja dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga baginda kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara Malaysia yang tercinta,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Anwar seterusnya berkata, beliau dan seluruh rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI