fbpx

Ketiak putih Yasmin Hani jadi ‘rujukan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YASMIN HANI

ADA saja perangai netizen yang pelik-pelik. Suka minta yang bukan-bukan. Bukan apa, baru-baru ini Diva saja belek-belek Instagram.

Terpandang gambar yang dikongsikan pelakon dan pengacara jelita, Yasmin Hani. Walaupun sudah berusia 43 tahun, wanita berdarah kacukan ‘mat salih’ itu tetap kelihatan cantik dan sentiasa muda.

Sudahlah seksi, tidak hairanlah boleh dapat teman lelaki yang jauh lebih muda daripada usianya. Ramai memuji kecantikan Yasmin yang tidak dimamah usia.

Rata-rata memberitahu, Yasmin sama sekali tidak berubah dari dulu sehingga sekarang.

Tapi apa yang menarik perhatian Diva apabila ada netizen minta petua bagaimana selebriti itu menjaga ketiak supaya kelihatan putih.

“Akak kongsi petua nak ketiak putih,” kata seorang netizen.

Rasa lucu pula Diva rasa bila orang minta petua untuk dapatkan ketiak cantik. Yasminkan berkulit putih, dah tentulah ketiaknya juga putih.

Tapi kalau betul dia ada petua yang diamalkan, Diva pun teringin nak tahu. Jangan lupa kongsi ya!

DIVA: Susah betul nak bekerjasama dengan artis yang sentiasa rasa dirinya hebat. Lama-lama naik menyampah!

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI