fbpx

Fify Azmi ‘belanja’ seluar dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIFY bersama kekasihnya yang juga merupakan seorang pelakon bercuti bersama baru-baru ini.

SIAPA yang tak kenal dengan keberanian pelakon Fify Azmi apabila kerap tampil dengan imej mencolok mata.

Walaupun sudah kerap kali ditegur dan dinasihati netizen, Fify ibaratnya seperti tidak kisah dengan kata-kata pedas oleh orang ramai.

Terbaharu, tular dalam TikTok memperlihatkan seorang wanita yang didakwa pelakon itu sedang bercuti dengan seorang lelaki yang juga aktor.

Namun apa yang mencuri perhatian apabila Fify tanpa rasa bersalah telah memakai kain yang jarang sehingga menampakkan seluar dalam berona merah jambu.

Sebelum ini pun Fify pernah tampil dengan imej berbikini. Setakat tayang seluar dalam apalah sangat.

Diva tak terkejut sangat pun dengan penampilan Fify, sebab ramai lagi artis lain yang seksi, tapi bila sudah sampai masa akhirnya ‘tertutup’ jua auratnya. Doakan yang baik-baik.

DIVA: Cantik penyanyi dangdut Ani Maiyuni bertudung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI