fbpx

Duduk dalam peti sejuk kerana cuaca terlalu panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu kelihatan santai bermain telefon bimbit di dalam peti sejuk. - Mothership

BEIJING – Seorang lelaki menjadi perhatian ramai kerana menggunakan cara luar biasa untuk melegakan diri daripada cuaca panas di tengah-tengah gelombang haba yang berterusan di Guangdong, China, lapor laman berita Mothership semalam.

Video seorang lelaki muda duduk di atas bangku plastik di dalam peti sejuk tersebar di pelbagai platform media sosial China termasuk Weibo dan Xiaohongshu pada 31 Mei lalu.

Tidak diketahui berapa lama dia berada di dalam peti sejuk tersebut yang sepatutnya dipenuhi oleh minuman.

Lelaki itu tidak terperangkap di dalam peti sejuk tersebut kerana dia boleh membuka pintu peralatan itu menggunakan lututnya.

Menurut kemas kini Guangdong Weather di Weibo, suhu di bandar Zhongshan mencecah 37.9 darjah Celsius pada 31 Mei lalu.

Cuaca terlalu panas sehinggakan mereka yang berada di Guangdong dinasihatkan supaya mengelakkan aktiviti luar semasa gelombang panas. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI