fbpx

Lagi bot nelayan Indonesia ditahan ceroboh laut negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah lagi bot nelayan asing dari Indonesia selepas disyaki menceroboh perairan negara untuk menangkap hasil laut semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot itu ditahan di sekitar 94 kilometer barat daya Pulau Kendi pada pukul 3.31 petang.

Menurutnya, bot nelayan terbabit dikesan oleh Kapal Maritim (KM) Burau semasa melakukan operasi OP Pertiwi di sekitar kawasan berkenaan.

“Bot berkenaan ditahan kerana berada di dalam perairan Malaysia ketika melakukan aktiviti menangkap ikan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, empat kru termasuk tekong yang kesemuanya warga Indonesia berusia lingkungan umur 23 hingga 42 tahun berada di atas bot,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan pas perjalanan yang sah untuk memasuki perairan Malaysia.

“Kesemua kru kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki pas yang sah.

“Bot, kru serta 40 liter minyak diesel dirampas dan diiring ke jeti Limbungan Batu Maung, Pulau Pinang untuk siasatan lanjut,” tambahnya.

Rabu lalu, APMM menahan enam kru termasuk tekong bot nelayan Indonesia di barat daya Pulau Kendi di sini kira-kira pukul 12 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI