fbpx

Kilang besi eksploit buruh warga asing, 4 remaja antara diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
16 individu dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang berjaya diselamatkan dalam operasi di sebuah kilang besi di sekitar Puchong, semalam.

PUCHONG – Polis Diraja Malaysia ( PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menyelamat 16 warga asing disyaki mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah kilang, di sini, semalam.

Operasi bersepadu tersebut membabitkan pasukan Bahagian D3 JSJ Bukit Aman bersama Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

JSJ PDRM dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, operasi diadakan bagi mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang (eksploitasi buruh paksa) dengan berpandu kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.

Kata kenyataan itu, hasil serbuan yang dijalankan pihak D3, seramai 16 orang mangsa berjaya diselamatkan termasuk empat orang mangsa pekerja bawah umur yang dieksploitasi.

“Turut ditahan 36 orang warga asing di bawah kesalahan imigresen dan tangkapan seorang lelaki tempatan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

Tambah kenyataan itu, hasil risikan dan siasatan awal mendapati premis kilang struktur besi itu menempatkan pekerjanya di dalam sebuah asrama yang tidak selamat.

“Mereka juga terdedah dengan bahan mudah terbakar dan bahan kimia. Siasatan turut dijalankan oleh pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dari sudut undang-undang buruh ke atas syarikat berkenaan.

“Siasatan lanjut dijalankan dibawah Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007, Seksyen 14 Akta ATIPSOM 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan- Peraturan Imigresen 1963,” ujarnya.

Tegas kenyataan itu, sebarang maklumat kejadian jenayah membabitkan aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran boleh disalurkan terus ke Hotline Jabatan Siasatan Jenayah ditalian 019-3764763.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI