fbpx

Zambry bertemu UNESCO bincang kerjasama pelihara warisan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (kiri) bertukar-tukar cenderamata dengan Audrey Azoulay ketika melawat ibu pejabat UNESCO di Paris, Perancis. Foto oleh WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengunjungi ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris, Perancis.

Menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya, beliau berpeluang melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarahnya, Audrey Azoulay di samping mengadakan sesi libat urus.

Ia antara sebahagian daripada jadual padat sempena lawatan julung kali beliau ke negara berkenaan sejak menyandang jawatan mengetuai Wisma Putra pada Disember tahun lepas.

“Dalam usaha memelihara warisan budaya Malaysia yang kaya dengan pelbagai hasil dan karya, lawatan ini menzahirkan komitmen kerajaan untuk aktif dalam UNESCO.

“Pada masa sama, lawatan ke agensi di bawah badan dunia itu merupakan salah satu usaha mewujudkan lebih banyak jalinan kerjasama terutama mempromosikan Malaysia,” katanya.

Zambry yang berada di ibu kota Perancis itu sejak semalam juga berkesempatan menghadiri majlis makan tengah hari dengan Kumpulan Persahabatan Perancis-Asia Tenggara.

Acara dihoskan oleh Presidennya, Mathieu Darnaud dan dihadiri ramai ahli Senat Perancis yang memberi peluang perbincangan bagi peningkatan hubungan rakyat dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI