fbpx

Young Tigers terlepas tempat ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA terpaksa akur tewas 1-2 kepada Korea Selatan pada penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Remaja Asia di Salalah, Oman sebentar tadi. - AHF/MHC

KUALA LUMPUR – Skuad hoki remaja lelaki negara terpaksa akur menamatkan Piala Remaja Asia 2023 di tempat keempat selepas tewas 1-2 kepada Korea Selatan di Kompleks Sukan Salalah, Oman sebentar tadi.

Kekalahan pada penentuan tempat ketiga dan keempat itu pastinya sukar diterima barisan pemain Young Tigers yang turun dengan misi mengubati kekecewaan gagal ke final selepas tewas 2-6 kepada Pakistan di separuh akhir awal pagi tadi.

Dalam aksi itu, skuad bimbingan Muhamad Amin Rahim terlebih dahulu ketinggalan satu gol kepada Korea Selatan hasil pukulan sudut penalti Lim Dohyun pada minit ke-22.

Peluang skuad projek khas negara kembali terbuka apabila Muhammad Adam Ashraf Mohd. Johari menyamakan kedudukan menerusi gol padang berselang empat minit kemudian.

Bagaimanapun, hasrat untuk menaiki podium tidak kesampaian apabila Korea Selatan meledak gol kedua melalui Yoo Seungho pada minit ke-37 dan menyaksikan kedudukan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Kekalahan itu membuktikan skuad negara masih banyak kerja rumah perlu dilakukan walaupun berjaya menjuarai Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh baru-baru ini.

Ini kerana Young Tigers diletakkan sasaran separuh akhir apabila turun selaku tuan rumah pada Piala Dunia Remaja 2023 di Kuala Lumpur bermula 5 hingga 16 Disember nanti. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI