fbpx

Tiga lelaki pecah rumah, samun warga emas diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit kes pecah rumah dan samun membabitkan pasangan warga emas di Taman Ria, Bercham, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, ketiga-tiga lelaki tempatan berusia 33, 39 dan 41 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di Bercham antara pukul 2 hingga 2.30 petang.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas mereka mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Beberapa barang kes dirampas termasuk kenderaan yang digunakan suspek. Kesemua yang terbabit kini direman untuk membolehkan siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dijalankan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Yahaya, dengan tertangkapnya kesemua suspek, pihaknya telah berjaya menyelesaikan tiga kes pecah rumah membabitkan mangsa yang sama.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti jumlah kes yang dilakukan kumpulan penjenayah tersebut di sekitar Ipoh.

“Pihak polis memandang serius kes pecah rumah dan samun yang berlaku terhadap mangsa di mana satu operasi khas dijalankan sehingga akhirnya berjaya mengesan suspek,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pasangan warga emas berusia 80 dan 72 tahun hidup dalam ketakutan apabila kediaman mereka dipecah masuk tiga kali dalam tempoh sebupan.

Kejadian itu bukan sahaja mengakibatkan kerugian harta benda malah mangsa juga cedera lutut kanan selepas mengalami retak akibat ditolak oleh seorang daripada suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI