fbpx

Pemuda 20 tahun rogol nenek didakwa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KAJANG – Seorang pemuda yang ditahan kerana disyaki memperkosa seorang wanita warga emas di sebuah kawasan perumahan, di sini akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan susulan laporan yang dibuat mangsa, 25 Mei lalu.

Menurutnya, wanita berusia 70 tahun itu membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang mendakwa dirinya dirogol seorang lelaki pada pukul 6.41 petang, 15 April lalu.

“Bertindak atas laporan, siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang sebelum berjaya menahan suspek.

“Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Katanya, kertas siasatan yang lengkap kemudian dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan menerima arahan tuduh pada hari ini. Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kajang untuk pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI