fbpx

Roti canai, laksam, nasi kerabu di Hajj Cafe Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah menikmati makanan Malaysia Hajj Cafeteria di tingkat bawah Abraj Al-Janadriyah, Mekah.

MEKAH – Jemaah haji berpeluang untuk menikmati makanan Malaysia seperti nasi lemak, roti canai dan teh tarik dengan berkunjung ke Hajj Cafeteria yang mula beroperasi sejak Sabtu lalu di tingkat bawah Abraj Al-Janadriyah di sini.

Petugas Hajj Cafeteria, Mohd. Haruji Mohd. Yahya, 36, berkata, kafe itu dikendalikan oleh katering milik Tabung Haji (TH) Travel yang diberi mandat untuk meneruskan perniagaan buat dua tahun berturut-turut.

Katanya, cafe yang sama turut dibuka di hotel Land Premium.

“Kita ada jual laksam, nasi kerabu, nasi impit kuah kacang, kuih-muih, pelbagai jenis minuman, bubur nasi dan lain-lain mengikut citarasa Malaysia.

“Roti canai ditebar dan digoreng hanya apabila ada permintaan bagi mengekalkan keasliannya. Kita juga akan menjual pelbagai barangan peniaga Industri Kecil dan Sederhana seperti sambal, kicap dan sos yang mendapat permintaan tinggi jemaah,” katanya.

Mohd. Haruji yang bertugas di bahagian kewangan TH Travel berkata, semua makanan disediakan sendiri oleh dua tukang masak Malaysia dengan dibantu 12 staf tempatan di sini.

Tambahnya, kafe dibuka bermula pukul 4.30 pagi hingga 11.30 malam setiap hari dan waktu puncak ialah selepas subuh dan minum petang.

“Secara keseluruhan kita mempunyai lebih 100 tukang masak di bawah TH Travel yang dibawa dari Malaysia untuk ‘beraksi’ di dapur kafe,” katanya.

Ujar Mohd. haruji harga makanan bermula dengan lima riyal dan jemaah boleh memilih untuk membayar tunai atau kod QR. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI