fbpx

Speedy Tigers mampu layak Paris 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki lelaki negara mempunyai potensi untuk bergelar juara pada Sukan Asia Hangzhou, September nanti.

KUALA LUMPUR – Tempoh 23 tahun adalah penantian yang cukup lama tanpa penglibatan skuad hoki lelaki negara di pentas Sukan Olimpik sejak kali terakhir beraksi pada edisi 2000 di Sydney, Australia.

Speedy Tigers hampir menamatkan kemarau panjang untuk menyambar tiket automatik ke Oimpik Tokyo 2020 tetapi dikecewakan dengan kekalahan tragis yang tidak dapat dilupakan sehingga hari ini di tangan Jepun pada final Sukan Asia 2018.

Ketua Kontinjen Malaysia ke Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin seakan-akan mencabar barisan pemain skuad hoki negara untuk menebus kekecewaan itu dengan menyambar tiket edisi kali ini sebagai juara Asia.

Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) percaya, Sukan Asia Hangzhou di China pada September depan dilihat sebagai peluang keemasan buat anak-anak buah A. Arul Selvaraj meraih tiket tersebut.

“Sukan Asia ini adalah yang paling senang sedikit walaupun perlu berdepan India, Jepun dan Pakistan. Mereka juga pernah masuk final di Jakarta (2018), ini adalah peluang dan jika layak ia adalah satu pencapaian yang besar,” katanya.

Andai gagal menjuarai Sukan Asia, laluan lebih berliku menanti pasukan negara di ranking ke-10 dunia itu kerana perlu mengharungi pusingan kelayakan kebiasaannya berdepan gergasi-gergasi dari Eropah.

Senario itu sudah dialami Speedy Tigers apabila tewas di tangan Great Britain pada pusingan akhir kelayakan Olimpik Tokyo 2020 sebelum ini.

Bagaimanapun, skuad negara pastinya tidak rela peristiwa sama berulang dan mampu membolot pingat emas Sukan Asia jika menampilkan prestasi semasa aksi kumpulan pada Piala Dunia di Bhubaneswar-Rourkela, India awal tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI