fbpx

KPKT bantu Terengganu pulih projek perumahan terbengkalai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah (dua dari kanan) meninjau salah sebuah projek perumahan 'sakit' di Kampung Gelugur Kedai, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan pusat menerusi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan RM3.4 juta bagi memulihkan lima projek perumahan terbengkalai di Terengganu.

Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, peruntukan itu akan disalurkan menerusi kerajaan negeri Terengganu dengan sasaran kesemua projek terbabit dapat disiapkan sepenuhnya pada tahun hadapan.

Beliau berkata, KPKT terpaksa campur tangan membantu pembeli meskipun tugas menyiapkan projek perumahan adalah di bawah tanggungjawab pemaju.

“Di seluruh negeri Terengganu terdapat 24 projek (perumahan) sakit iaitu projek yang sudah terlewat dari tarikh jangkaan siap tetapi masih ada kerja-kerja di tapak oleh pemaju.

“Sebanyak 12 projek lagi terbengkalai sama ada pemaju cabut lari atau gulung tikar memaksa KPKT mencari jalan untuk memulih dan melancarkan semula projek berkenaan,” katanya di Kampung Gelugur Kedai di sini hari ini.

Terdahulu beliau meninjau beberapa tapak projek perumahan ‘sakit’ di sekitar bandar raya ini.

Akmal Nasrullah berkata, lima daripada 12 projek perumahan terbengkalai berkenaan telah dikenalpasti masih boleh diselamatkan untuk dibaikpulih.

Jelas beliau, kaedah pemberian peruntukan kepada kerajaan negeri Terengganu bagi menyiapkan projek perumahan terbengkalai berkenaan akan diperincikan tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI