fbpx

Kastam gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM4.9 juta sejak Januari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puan Sian (tengah) ketika menunjukkan dadah yang dirampas oleh pihak Kastam.

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit III (LTAKL) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM4.9 juta di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi tempoh Januari hingga Mei lalu.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan Zon Tengah JKDM, Wong Puan Sian berkata, rampasan itu melibatkan 37 kes yang dikesan melalui perkhidmatan kurier dan kargo udara di KLIA.

Beliau berkata, pelbagai taktik licik dikesan antaranya dengan menyembunyikan dadah dalam gam silikon dan diletakkan dalam tin minuman.

“Kes terbesar dikesan pada 11 April lalu membabitkan rampasan dadah jenis Ketamine seberat 8.894 kilogram (kg) bernilai RM533,640 melalui sebuah parcel dari Pakistan.

“Parcel itu ditemui di premis Pos Malaysia International Hub (PMIH) Kargo KLIA dan dikirim ke alamat palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Modus operandi digunakan dalam kes ini adalah dengan menyembunyikan bahan disyaki dadah berbahaya di dalam paket aluminium foil bagi mengaburi imej pada mesin pengimbas,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Dalam kes berasingan pada 28 April lalu, Puan Sian berkata, pihaknya berjaya merampas dadah jenis Heroin seberat 4.63 kg bernilai RM435,220 di (PMIH) Kargo KLIA.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui sembilan paket pembungkus aluminium foil yang diletakkan di dalam tin minuman dengan dagangan berkenaan adalah dari Johor yang diikrarkan sebagai Avocado Multigrain dan akan dieksport ke Australia.

Bagi kes terbaru pada 14 Mei lalu pula, Puan Sian berkata, pihaknya turut mematahkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis Methamphetamine seberat 1.07 kg bernilai RM 35,178 melalui kargo udara dipercayai ke Australia.

Katanya, kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan pemilik parcel berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI