fbpx

3 maut, 5 cedera kemalangan dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan mengorbankan tiga mangsa serta lima yang lain cedera di Jalan Sengkang Teratai, Kampung Melepang Gantian, Bukit Gambir, Tangkak, hari ini.

TANGKAK – Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta di Jalan Sengkang Teratai, Kampung Melepang Gantian, Bukit Gambir, di sini, petang hari ini.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Jahairi Shukor, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan berkenaan melalui talian MERS 999 pada pukul 3.42 petang.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati kemalangan berkenaan melibatkan sebuah Toyota Corrola Altis dan Toyota Hilux.

“Kemalangan melibatkan lapan mangsa yang mana tiga daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala lima lagi mengalami kecederaan.

“Mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita dewasa. Mereka merupakan mangsa yang menaiki Toyota Altis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jahairi berkata, kesemua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital berhampiran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI